Sunday, December 10, 2017

Petua hilangkan parut jerawat secara alami

Selamat tinggal PARUT JERAWAT. Amboi bukan main dia punya tajuk, tapi mesti suka kalau dpt ucap selamat tinggal dengan parut ni sebab dia susah sangat nak pergi! Antara cela dimuka yg buat ramai orang stress. Ini antara petua terbaik untuk hilangkan parut dengan TIMUN. .
.
.
Manfaat timun ni banyak sangat untuk kulit muka. Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit kita. Orang kata nak kulit glowing makan timun sebab 96% dalamnya mengandungi air, tapi kalau tak nak makan, kita buat masker. Baca manfaat dah best, belum lagi kita buat masker. Ada timun? Okay jom buat! .
.
.
Bahan : TIMUN
1. Kisar timun hingga hancur, tapiskan air.
2. Pastikan muka dah dibersihkan dahulu dari sebarang krim atau makeup.
3. Lumurkan timun yang telah dikisar/ dihancurkan pada seluruh wajah dan leher.
4. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.
.
.
P/s: Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Kandungan air yg tinggi dalam timun dapat bantu untuk kulit kekal lembap dan tegang. Kulit terbaik adalah kulit yg lembap, bukan terlalu berminyak mahupun terlalu kering. .
.
.
Selamat mencuba! Tag kawan-kawan yang tengah runsing dengan parut jerawat tu. Nak lagi mudah kita sapu-sapu Mary Kay,  hubungi sue je untuk free consultation pastu dapat fre home facial lagi tau.
.
Klik link ni.

CiksueriyaMK.wasap.my

Sue selit sekali dengan buat smoothie cucumber tau *sumber google

Home Facial Ala-ala Salon

Korang pernah buat pengewapan muka ni? Seriyusss best! Buang segala kotoran/ bakteria yang terperangkap dimuka dengan cara mudah ala-ala di spa. Setiap hari kita terdedah dengan pecemaran, udara, bakteria, radikal bebas yang menjadi faktor masalah kulit muka. Jadi inilah salah satu PETUA yang boleh keluarkan segala yang terperangkap dalam kulit. Yang penting jimat, mudah dan berkesan!
.
.
PENGEWAPAN MUKA :
1️⃣ Panaskan air, tuang air panas tadi ke dalam mangkuk atau apa-apa bekas yang bersesuaian.
.
2️⃣ Hadapkan muka atas bekas tu dan tutup kepala dengan towel/kain (seperti dalam gambar) .
❗️ jarakkan sedikit bekas tu, jangan terlalu dekat dengan muka. .
.
3️⃣ Anggaran masa ialah 10-15 minit sahaja. .
❗️ jangan buat terlalu lama jika kulit ada masalah jerawat atau masalah yang lain. Wap muka terlalu lama boleh menyebabkan muka bengkak dan boleh memburukkan lagi jerawat yg ada.
.
4️⃣ Bilas semula dengan air sejuk untuk tutup semula pori muka. .
.
.
✅ Yang ada masalah kulit berminyak hingga jerawat tak henti-henti naik boleh cuba cara ni. Kulit berminyak sangat sinonim dengan jerawat. Kilang minyak yang terlalu aktif sehingga kulit muka mengeluarkan minyak dengan banyak dan menyebabkan jerawat tumbuh. Hasil dia fresh dan memuaskan. Buat 2 kali seminggu dah cukup.
.
.
✅ Kelebihan wap muka ni, kita dapat keluarkan kotoran-kotoran yang ada pada wajah. Masa kita wap muka, pori-pori akan terbuka. Inilah masanya untuk kita buang segala kotoran yang kita tak nampak pada wajah. .
.
.
Lepas buat pengewapan ni, sapu Oil Free Hydrating Gel Marykay dimuka macam biasa jangan dilupa. Bangun pagi bukan jerawat je lari tak cukup kaki, kulit pun makin flawless. .
.
.
Share kawan-kawan korang untuk buat sama-sama tips best dan berkesan ni. Seriyus ramai suka buat!

Friday, March 17, 2017

Review Botanical Effect Mary Kay

Assalamualaikum..

Lamanya sue tak update blog ni.  Da bersarang dah.  Tah tah dah berhantu.  Biasa lah bila tujuan sebenar buat blog ni nak up to date,  ramai yang ada blog story diri sendiri kan.  Alih-alih tak sempat lah nak update new post.  😂

Aah kan,  dah kenapa su nk update pulak ni?  Hihi tadi sue google nama sendiri *bila kebosan tahap gaban jadi la gini* terjumpa la blog sendiri.  Rasa terharu sebab blog ni masih wujud.  😄

Alang - alang ni su nak bagitahu lah su sekarang da jadi BEAUTY CONSULTANT MARY KAY.  Alhamdulillah,  sue seronok sangat sejak pakai Mary kay ni.  Taj sabar nak tengok muka 360 change.  Bukan sebab camera 360 oke.  Su pakai enfon zenfone c je,  gambik gambar siyes jujur je,  semua jelas. Tak macam oppo,  banyak nau menipunya.  Haha

Nak tgk gambar nipu?  Haha
 Ni ambik gambar ngan enfon member. Haha

Oke,  terima kasih puji kire cantik.  Hahaha ni lepas pakai mary kay dah.  Oke su nak tunjuk set yang su pakai ni. Oke nk tgk x gambar x menipu?  Korang nak tengok ke tak nak ke,  su nk tunjuk gak

Tadaaaaa.....  Beza x?  😍
Su mmg suka lah sekarang ni..  Xtabau nk tunggu 6 bulan.  Nak lagi cantik.  🌹💐😎

Dengan Mary Kay ni senang je,  janji apa2 bagitahu dengan BC,  we olls akan guide uolls untuk cantik.  Nak tahu pakai set apa?

Ni je..  Botanical effect.  😊
Apa benefit nya?
Kalau adik kakak semua nak tahu, setiap set Botanical Effects ini ada 4 regimen iaitu:

1.  Cleanser
2.  Mask
3. Freshen
4. Hydrate



Botanical Effects juga diformulakan untuk 3 jenis kulit berikut: 
  • untuk kulit kering (dry skin - formula 1)
  • untuk kulit normal (normal skin - formula 2)
  • untuk kulit berminyak (oily skin -formula 3)



Rangkaian produk ini sesuai untuk wanita yang ingin memulakan rejimen penjagaan kulit mereka yang sihat untuk kali pertama dan mencari-cari rangkaian produk yang boleh membantu mereka mendapatkan kulit yang sihat berseri.  

Nak tahu lebih lanjut?  
Klik ni.  
www.wasap.my/60134051407 
Wasap sue oke.  

Sorry lah,  rule Mary Kay xboleh tanyang harga.  Exclusive sgt.  😊

Thursday, February 20, 2014

lirik KAU DAN AKU -shauqi Kasim

assalamualaikum guys,

Di petang yang indah ini, jom layan lagu KAU DAN AKU - SHAUQI KASIM 
I love this song, sangat- sangat bermakna. :-)

tapi korang kena bukak youtube la.. (klik kat title) sorry to say.. 
enjoy =)

Tajuk Lagu/ Song Title: Kau & Aku
Artis/ Artist: Shauqi Kashim Devotees

Terpahat sudah suratan kisah bahagia
Kau dan Aku diikat cinta kurniaNYa
Kini bermula saat kita kemudinya
Ikatan suci mengharap redhaNYa

Getar hati lafaz sakinah ku ungkap
Tanda dirimu sempurna ku memiliki
Indah ikatan cinta yang telah terbina
Paksi mengharap Cinta Yang Esa….

Padaku kau cinta
Bawa bahagia
Saat kita sama rasa
Nikmat takdir cinta…

Padamu ku cinta
Ikat kasih mesra
Mengharap ikatan ini kekal selamanya..

Aku perlukanmu, kau harap pimpinku
Doa hati kita kan utuh kemudi bahtera cinta
Hoooooo… Hoooooo… Hoooooo

Padaku kau cinta
Bawa bahagia
Saat kita sama rasa
Nikmat takdir cinta…

Padamu ku cinta
Ikat kasih mesra
Mengharap ikatan ini kekal selamanya..

Aku perlukanmu, kau harap pimpinku
Doa hati kita utuh kemudi bahtera…

Jiwa kosongku kau isikannya
Terima diriku untuk mengukir sempurna
Akan ku baiki kesilapan yang lama
Dan menukilkan aku dan engkau sebuah cerita

Akan ku baiki kesilapan yang lama
Dan menukil aku dan engkau sebuah cerita



lagu ni, Shauqi Kasim dedicate kat isteri dia.. sweet sgt. =)


Wednesday, February 19, 2014

Kau ditakdirkan untukku

Hai, Assalamualaikum guys,

Da lama dah aku tak update blog ni, bersawang bersarang semua bende ade ni.. entah-entah jin apprite pon ada nak menetap kat sini, haha. owh, u guys tahu x ape jin apprite tu? tu nama ketua jin or setan ciptaan ALLAH S.W.T.

Aku datang sini saje melepas rindu kat blog lepas g jalan2 kat blog kawan aku, annasrikandii.blogspot.com, t rajin2 or ada masa korang pergi la singgah blog budak ni.. penulisan dy not bad.. ada gak entri lau nak banding dgn aku.. mmg fail bab menulis ni.. haha

jap aku nak fikir, sebenarnya ape yang aku nak tulis ni?? hahha

owh ya, aku nak cite pasal mamat kasanova. entah macam mana aku boleh berkenalan dengan mamat kasanova plak.. bahaya! bahaya! memang merbahaya. mana tak, cuba korang bayang kan lau dah terjatuh hati kat mamat buaya ni.. xke haru hidup, nanti dah elok kite jatuh cinta, dia plak tinggalkan kita kan. huhu.

Korang pernah x jumpa or berkenalan la dengan mamat buaya? adoi, ayat dia memang power r, setiap kata2 tu alahai, mengusik jiwa.. sweet je.. mahu nya xjatuh cinta. tapi hati-hati, BEWARE!!! once terjatuh susah nak bangun tu.. huhu

Mamat ni kan suka bagi aku lagu, even dy xbagitahu pon maksud tersirat tp memang leh cair la, dah la bg lagu nasyid plak, menusuk hati dah perasan la weh. Agak lau orang laki bagi ko lagu romantik, jiwang2, macam nak meluahkan perasan pon ade, ape yang korang akan buat?? Aku memang terpikat la.. haha shhh senyap2 je tau..

Erm sebenarnya ada banyak benda yang aku nak cita tapi meti korang malas nak bace panjang2 kan, so aku sambung lain kali la plak. tunggu next ape akan terjadi. sama ada dia menjadi king di hati aku or aku tersakiti. opss, ofcouse la ak yang merana lau di tinggalkan aku kan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh hati pada mamat buaya ni. hahahaha..

Sorry, because..



*ni semua gambar aku jumpa kat google, quotes ni semua xde maksud ape2 eh.. haha

Doa-doakan aku ye guys..supaya xtersakiti dengan mamat buaya ni.. hih

owh aku bg link one of song he gave me, sangat2 suka dengan lagu ni. tapi xtahu la korang mcm mana. huhu
aku juz boleh bg link je la, xreti la nak masukkan video dlm blog. lau ada yang tahu, jgn la kedekut ilmu. story2 la sikit ye.

 kau ditakdirkan untukku :-)
 dengar tau n jgn lupa komen.. ^_^