Thursday, February 20, 2014

lirik KAU DAN AKU -shauqi Kasim

assalamualaikum guys,

Di petang yang indah ini, jom layan lagu KAU DAN AKU - SHAUQI KASIM 
I love this song, sangat- sangat bermakna. :-)

tapi korang kena bukak youtube la.. (klik kat title) sorry to say.. 
enjoy =)

Tajuk Lagu/ Song Title: Kau & Aku
Artis/ Artist: Shauqi Kashim Devotees

Terpahat sudah suratan kisah bahagia
Kau dan Aku diikat cinta kurniaNYa
Kini bermula saat kita kemudinya
Ikatan suci mengharap redhaNYa

Getar hati lafaz sakinah ku ungkap
Tanda dirimu sempurna ku memiliki
Indah ikatan cinta yang telah terbina
Paksi mengharap Cinta Yang Esa….

Padaku kau cinta
Bawa bahagia
Saat kita sama rasa
Nikmat takdir cinta…

Padamu ku cinta
Ikat kasih mesra
Mengharap ikatan ini kekal selamanya..

Aku perlukanmu, kau harap pimpinku
Doa hati kita kan utuh kemudi bahtera cinta
Hoooooo… Hoooooo… Hoooooo

Padaku kau cinta
Bawa bahagia
Saat kita sama rasa
Nikmat takdir cinta…

Padamu ku cinta
Ikat kasih mesra
Mengharap ikatan ini kekal selamanya..

Aku perlukanmu, kau harap pimpinku
Doa hati kita utuh kemudi bahtera…

Jiwa kosongku kau isikannya
Terima diriku untuk mengukir sempurna
Akan ku baiki kesilapan yang lama
Dan menukilkan aku dan engkau sebuah cerita

Akan ku baiki kesilapan yang lama
Dan menukil aku dan engkau sebuah cerita



lagu ni, Shauqi Kasim dedicate kat isteri dia.. sweet sgt. =)


Wednesday, February 19, 2014

Kau ditakdirkan untukku

Hai, Assalamualaikum guys,

Da lama dah aku tak update blog ni, bersawang bersarang semua bende ade ni.. entah-entah jin apprite pon ada nak menetap kat sini, haha. owh, u guys tahu x ape jin apprite tu? tu nama ketua jin or setan ciptaan ALLAH S.W.T.

Aku datang sini saje melepas rindu kat blog lepas g jalan2 kat blog kawan aku, annasrikandii.blogspot.com, t rajin2 or ada masa korang pergi la singgah blog budak ni.. penulisan dy not bad.. ada gak entri lau nak banding dgn aku.. mmg fail bab menulis ni.. haha

jap aku nak fikir, sebenarnya ape yang aku nak tulis ni?? hahha

owh ya, aku nak cite pasal mamat kasanova. entah macam mana aku boleh berkenalan dengan mamat kasanova plak.. bahaya! bahaya! memang merbahaya. mana tak, cuba korang bayang kan lau dah terjatuh hati kat mamat buaya ni.. xke haru hidup, nanti dah elok kite jatuh cinta, dia plak tinggalkan kita kan. huhu.

Korang pernah x jumpa or berkenalan la dengan mamat buaya? adoi, ayat dia memang power r, setiap kata2 tu alahai, mengusik jiwa.. sweet je.. mahu nya xjatuh cinta. tapi hati-hati, BEWARE!!! once terjatuh susah nak bangun tu.. huhu

Mamat ni kan suka bagi aku lagu, even dy xbagitahu pon maksud tersirat tp memang leh cair la, dah la bg lagu nasyid plak, menusuk hati dah perasan la weh. Agak lau orang laki bagi ko lagu romantik, jiwang2, macam nak meluahkan perasan pon ade, ape yang korang akan buat?? Aku memang terpikat la.. haha shhh senyap2 je tau..

Erm sebenarnya ada banyak benda yang aku nak cita tapi meti korang malas nak bace panjang2 kan, so aku sambung lain kali la plak. tunggu next ape akan terjadi. sama ada dia menjadi king di hati aku or aku tersakiti. opss, ofcouse la ak yang merana lau di tinggalkan aku kan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh hati pada mamat buaya ni. hahahaha..

Sorry, because..



*ni semua gambar aku jumpa kat google, quotes ni semua xde maksud ape2 eh.. haha

Doa-doakan aku ye guys..supaya xtersakiti dengan mamat buaya ni.. hih

owh aku bg link one of song he gave me, sangat2 suka dengan lagu ni. tapi xtahu la korang mcm mana. huhu
aku juz boleh bg link je la, xreti la nak masukkan video dlm blog. lau ada yang tahu, jgn la kedekut ilmu. story2 la sikit ye.

 kau ditakdirkan untukku :-)
 dengar tau n jgn lupa komen.. ^_^